SELAMAT DATANG KE BLOG IKA HOMEMADE CAKES
Sabtu, 29 Januari 2011
30 januari 2011
Lama tak isi blog. Hari ni aku ajar adik aku buat pizza. Bahan tak byk tapi dia puas hati. biasa klu makan pizza kita cepat rasa muak so aku cipta pizza dimana rotinya rangup dan sedap dimkn. Adik aku belajarlah buat setelah sekian lama tak nak belajar. Ini lah gambarnya
ini pizza yg blm dimasak |
setelah masak |
siap utk dimakan hehehehehe |
oda dgn pizza buatannya |
Sabtu, 15 Januari 2011
KELAS ASAS MEMASAK & MENGHIAS KEK DAN BUN.
- Kelas yang saya adakan terdapat dua jenis iaitu satu untuk kelas orang dewasa dan satu lagi untuk kanak- kanak yang berumur 4 hingga 12 tahun.
- Untuk kelas orang dewasa ada beberapa jenis iaitu kelas asas kek span dan asas menghias kek, kelas steam buttercream, kelas barbie, doll kelas kek keju bakar/penyediaan sejuk, kek fondant, pelbagai bun,puff pastri dan pizza resepi ciptaan saya sendiri.
- Kelas saya adalah seratus peratus dibuat oleh peserta sendiri dari awal hingga selesai. Saya hanya akan membimbing pelajar. Kelas saya lebih kepada amali bukan tunjukcara sahaja. Supaya kesan pembelajaran lebih mudah diingati.
- Untuk kanak-kanak pula ada dua pilihan sama ada nak belajar menghias cup kek atau sebiji kek atau membentuk dan memasak bun. yuran untuk kanak-kanak adalah RM50 sahaja.
- Yuran untuk kelas asas kek span dan hiasannya RM 120
- Kelas Kek Keju - RM150
- Kelas Steam buttercream - RM150
- Kelas Kek fondant - RM200
- Kelas Barbie doll - RM 120
- Kelas Pelbagai Bun - RM150
- Kelas Pizza - RM 150 ( resepi ciptaan saya sendiri)
- Kelas puff pastri - RM 150
- Jika berminat sila hubungi saya. Kelas dibuka setiap Sabtu dan Ahad, dari jam 9.00 pagi hingga selesai. Isnin hingga Jumaat akan dibuka dari jam 2 petang.
Khamis, 13 Januari 2011
13.01.11
kek barbie doll diorder oleh lai. kek ni aku hantar mlm kat shahbandar. Jln yg aku biasa aku boleh sesat. masa nak hantar hanya 15 minit jadi hampir sejam. |
pelanggan aku ni nak kek coklat. Dia nak keliling coklat so aku hias semuanya guna coklat
Rabu, 12 Januari 2011
HARGA CUP CAKE
HARGA BAGI CUP CAKE TANPA KRIM :
SIZE S - BERMULA DARI RM0.80
SIZE M - BERMULA DARI RM 1.00
SIZE L - BERMULA DARI RM 1.40
HARGA CUP CAKE BERGANTUNG PADA JENIS KEK DAN HIASANNYA.
HARGA TIDAK TERMASUK KOTAK/ PENUTUP CUP CAKE. CAS TAMBAHAN DIKENA KAN BAGI KOTAK OR PENUTUP CUP CAKE.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI 0138743053. HARGA BOLEH RUNDING LAGI BERGANTUNG KEPADA JUMLAH TEMPAHAN.
Jumaat, 7 Januari 2011
Ika belajar hias cup cake n cake
Ika hari2 berangan nak hias kek. So aku buatkan dia cup cake n sebiji kek. aku bg krim biarkan dia hias. Bawah nilah hasil deco anakku yg baru 4 tahun
inilah deco ciptaan anakku |
Setelah siap deko semuanya, inilah hasilnya |
ika dgn hiasan pertama keknya menggunakan coklat. |
Bangga dan gembira dgn hasil kerjanya sendiri |
Inilah projek kelas yg ingin aku buka khas utk kanak2 berumur 4 tahun hingga 12 tahun. Yuran murah je RM50 seorg. Hasil deko anak2 akan mereka bawa balik bagi nampak family. kelas boleh di tentukan oleh ibu bapa sama ada sabtu or ahad atau hari biasa isnin hingga jumaat jam 2 ptg ke atas. Sapa2 yg berminat nak hantar anak2 anda utk mengasah bakat mereka hubungi saja saya. Pasti anak2 bangga dgn hasik kerja mereka. Tengoklah wajah anakku yg terpancar kegembiraan dan bangga tak terkira. Wlp hiasan tak cantik hehehehehehe
Langgan:
Catatan (Atom)