SELAMAT DATANG KE BLOG IKA HOMEMADE CAKES

Rabu, 13 Jun 2012

SEGALANYA SAVE BUDGET

SAVE BUDGET CAKES

Sejak aku melancarkan sbc, tersangatlah sibuknya. Org tak berhenti mengorder. Untungnya mmg sedikit tapi dgn niat nak memperkenalkan produk ku, tak kisahlah dpt untung sikit jak. Wlp produkku krng mendpt perhatian di kampung tempat ku tggl, sbb aku org baru kat sana tapi alhamdulillah sekitar tuaran n kk ramai dah kenal. Namun ada masanya aku x dpt menerima order sebab aku hanya baker separuh masa. aku ada komitmen dalam kerja sebagai pendidik. Kali ni aku ada rancangan nak buat save budget class pula tapi blm ada masa yg sesuai. Harga yuran dlm rm 70 -80 mungkin. sedang berkira2 modal nak buat kelas pula. Tunggu ya kwn2 yg nak belajar. kelas bun pula akan saya buat dalam rm 50 seorng tapi 3 jenis bun ajalah. Yg penting basickan hehehehehehe
Tunggulah semua yg akan dilancarkan.

Selasa, 27 Mac 2012

AKTIVITI BULAN MAC

Bulan Mac hari yang sibuk buat ku, dimana aku terpaksa mengiringi pelajar ku ke MSSM Olahraga peringkat Bahagian dan jugak aktiviti baking ku. Bulan ini aku dapat idea membuat Sava Budget Cakes bagi org yang nak makan kek tapi nak sikit aja. Lepas tu aku terlibat dengan pengadilan pertandingan menghias cup cake di Suria Mall pada 21 mac yang lalu. 24 dan 25 Mac pula terlibat dengan pameran kek kahwin di 1 place mall putatan, terima kasih kepada Aimany Bridal. pakej kad kahwinnya memang sgt murah berbaloi2 serendah 18 sen klu aku tak silap. nanti ada masa aku akan uploadkan gambar. O ya pakej kek perkahwinan save budget pun sdh ada, ianya khas untuk org2 yang tak mampu nak beli kek mahal tapi nak jugak buat majlis potong kek. Nanti akan sya keluarkan harga kek yang terbaru.

Ahad, 29 Januari 2012

PAKEJ TERBARU KHAS UTK PENGANTIN DAN KELAS ASAS KEK, ROTI DAN PASTRI.

Akan datang akan disediakan pakej perkahwinan yg harganya murah khas utk bakal2 pengantin yg tidak berkemampuan tetapi ingin mempunyai kek perkahwinan.  Tapi buat masa ni blm lagi dibuat tetapi anggaran kek tersebut adalah dibawan RM250.

Pakej yang seterusnya ialah pakej khas kelas menghias kek dimana dgn membayar rm200 akan dpt belajar menghias 3 biji kek. Ini kerana banyak maklum balas dr pelajar tak puas menghias hanya dgn sebiji kek. Pakej ini ialah pakej menghias kek menggunakan buttercream atau freshcream.

Isnin, 2 Januari 2012

Penutup Tirai 2011

Lama tak tulis kat blog ni. 2011 meninggalkan seribu kenangan manis dan pahit dlm kegidupan kami sekeluarga. Kenagan pahit yg takkan kami sekeluarga lupa bapa saudaraku Salamat Matkalsum telah kembali ke rahmatullah pada 16 disember 2011. Sgt sedih dan terluka. Beberapa minggu sebelum arwah meninggalkan kami majlis kahwin adik diadakan dikediaman ibuku. Dialah individu yg paling berusaha menjayakan majlis adik.


kek 6 tingkat pelbagai rasa  untuk adik ku dan isterinya

     
Kek bawah ni pula kek order dari marinus dan isterinya penutup tirai kek ku 2011
terima kasih buat kedua mempelai.


kek steam buttercream dihiasi dgn bunga carnation purple
bunga buat sendiri. baru belajar hehehehe