SELAMAT DATANG KE BLOG IKA HOMEMADE CAKES

Ahad, 17 Julai 2011

SENARAI KELAS KEK N BUN.

KELAS ASAS MEMASAK DAN MENGHIAS KEK.

1. Kek Harijadi ( Buttercream/ Freshcream)
  •  Memasak kek span
  •  Belajar teknik menghias ( 5 jenis deko) sebelum menghias ke atas kek.
  •  Belajar membuat bunga rose.
  •  Hasil kek yg dihias akan dibawa pulang oleh peserta.
  •  Yuran kelas RM120
  •  Masa ikut peserta. Isnin hingga Jumaat jam 2.00 ptg keatas. Sabtu & Ahad jam 9.00 pagi keatas.

2. Kek hantaran -Buttercream
  • Memasak kek span
  • Belajar teknik menghias ( 5 jenis deko) sebelum menghias ke atas kek.
  •  Belajar membuat bunga seperti  bunga rose, Bunga crsyanthenum, bunga matahari dsbnya
  •  Hasil kek yg dihias akan dibawa pulang oleh peserta.
  • Yuran kelas RM150
  •  Masa ikut peserta. Isnin hingga Jumaat jam 2.00 ptg keatas. Sabtu & Ahad jam 9.00 pagi keatas.

3. Kek hantaran- Fondant

  • Belajar teknik menghias sebelum menghias ke atas kek.

  • Belajar membuat bunga seperti bunga rose, Bunga crsyanthenum, bunga matahari dsbnya

  • Hasil kek yg dihias akan dibawa pulang oleh peserta.

  • Yuran kelas RM200

  • Masa ikut peserta. Isnin hingga Jumaat jam 2.00 ptg keatas. Sabtu & Ahad jam 9.00 pagi keatas.

  • Kek khas untuk membuat kek hantaran fondant disediakan awal kerana utk membalut kek fondant,  

  •      kerana kek perlu sejuk terlebih dahulu. Resepi akan disediakan.

    4. Kelas  Aneka Bun
    • Yuran RM 150
    • Belajar berbagai jenis bun seperti bun kacang merah, butter, coklat, bilis, tuna, sosej, mini pizza dan sebagainya.
    • Hasil kerja bawa pulang.

    5. Kelas Aneka Pastri
    • Yuran RM150
    • Belajar cara melipat doh pastri lapis
    • Belajar membentuk puff pastri, Pastri Danish dan croissant.
    • Mengolah inti dgn pelbagai inti seperti sardin, tuna, salad sosej blueberry dan sbginya.

    6. Kelas Pizza
    • Yuran RM150
    • Belajar membuat doh pizza
    • Belajar membuat 3 jenis pizza spt pizza sardin, pizza ayam dan pizza seafood.
    • Semua hasil dibawa balik.
    7. Kelas kek cawan
    • Yuran kelas RM150 (Buttercream)
    • Yuran kelas RM200 (Fondant)
    • Belajar membancuh dan memasak kek cawan.
    • Menghias kek cawan dengan pelbagai bentuk hiasan sebanyak 12 biji cup.

    Gambar2 kelas terbaru n kek-kek ku.

    Kelas kali ini dihadiri oleh marcella. dia ambik 2 kelas sekali kek keju kapas n kek keju blueberry cheese dgn dekonya. Dia ni anak kwn bapa ku uncle andrew. Cella ni gigih orangnya, berkali tak berjaya buat bunga rose dia cuba n cuba akhirnya berjaya dgn jayanya hehehehehehe. Tq sudi belajar dgn saya.

    marcella dgn hasil kerjanya

    ini dia keknya

    Seterusnya ada kwn chinese dr kk ni dia belajar puff pastri dan croissant tapi tak nak gambar dia di ambik, kreatif orgnya. dia buat semua puff jadi kecik2 gitu tapi croissant dia buat montel2 tapi bila dah masak cantik rupa hasil buatanya.

    Puff sardin n tuna

    aneka pastri


    Kat bawah ni pula antara design2 kek-kek ku yang terbaru. Teroma kasih kepada semua yang sudi mengorder kek dgn saya