SELAMAT DATANG KE BLOG IKA HOMEMADE CAKES

Rabu, 29 Disember 2010

stand kek ku yg terbaru

Sapa2 yg nak melangsungkan perkahwinan pada tahun depan, dan mencari kelainan. Saya telah terbangkan dari semenanjung stand kek yg baru. 6 Tingkat. Ianya pasti grand dan cantik. Kalah artis hehehehe. Seksa jugak jiwa takut hancur n patah maklumlah benda tu bukan besi. Akan dtg ada lagi yg terbaru. Kumpul dana dulu hehehehe. Kek tu boleh lah letak paling bawah tu 3kg, setrusnya berat semakin kecil bila yg ke enam contoh, 3kg, 2.5 kg, 2 kg, 1.5 kg, 1 kg n 1/2 kg. Semuanya 10.5 kg. Nak 3 tingkat je pun boleh tak de masalah. hehehehe.
inilah stand kek tu. masih berlapik lagi
dgn plastik hehehehe

bayangkan tak ke grand tu.

anak murid yg kedua

Semasa aku menyiapkan kek kahwin adik ipar ku. Sempat gak kakak ipar ku yg sulung, kak su bljr menghias kek sambil belajar buat roses. kak ipar aku ni terror. Sekali je terangkan dah buat bunga rose yg cantik kiut pulak tu hehehe. Sanggup kak ipar aku ni temankan aku buat kek sampai jam 3 pagi.
nipis je lapisan krimnya. Kak su ambik baki krim je

tgk comel rosnya

kek kahwin adik ipar ku

Dalam keadaan peralatan yg tak mencukupi akhirnya berjaya gak aku siapkan kek adik ipar ku. Aku siapkan 2 set kek kahwin 2 tingkat utk adik ipar ku joe n jiji.

inilah kek utk jiji

ini pula utk joe

Selasa, 21 Disember 2010

Pelajar pertama ku.

Pada Ahad dan Isnin lalu rasmilah adik ipar ku menjadi anak murid ku yg pertama. Ingat nak terima anak murid pada tahun dpn rupanya akhir tahun ni. kek pertama yg dipelajari kek lapis horlicks. Punyalah terujanya adik ipar aku ni buat keknya. Bagus adik ipar aku ni.Seronok ajar org mcm ni. Sgt2 lucu bising mulutnya tak henti2. Lepas tu esoknya dia bljr hias kek buttercream. Lagilah teruja dia. Gembira sgt dia nak bg nampak kat abgnya..... hehehehehe. kami buat kek ni dlm keadaan peralatan yg tak mencukupi tapi akhirnya jadik juga. satu cabaran nak buat krim dekat cameron ni smuanya membeku. Yg bestnya nak buat bunga tak pndai cair. Cantik je jadinya. Hah kat bawah ni hasil buatan anak murid ku yg pertama. Sapa nak belajar boleh. Kek lapis n basic sponge cake dgn dekonya, bayaran utk kek lapis RM100. kek peserta bwa blik. Alat tak perlu bawa. kalau basic sponge cake dgn dekonya RM120. Kek pun bwa blik juga. Apa pun tak perlu bawa. Kelas boleh booking n di buat masa hujung mggu je. Limit satu sesi 5 org je.


Khamis, 16 Disember 2010

17.12.2010

Sekrg aku sdh smpi kat KL. Stay kat rmh kak ipar. Esok pi Melaka, adik ipar nak nikah pula. Ini antara gambar2 kek yg aku buat dlm minggu ni.
ini kek keju coklat mousse ala2 secret resepi. Anak suka sangat nak mkn kek ni


kek keju boston 4 segi

kek yg di order chu utk kung kung dan 2 org anak buahnya

Kek bola tampar di tempah khas oleh coach utk kapten tuaran Mix

Ini baru bljr buat hehehehe kartun besar dr keknya

Kek tunang utk adik ipar yus RTM. Tq

Rabu, 15 Disember 2010

16.12.2010

Hari ni mgkn last aku kat sini esok aku akan terbang balik kekg suami ku di Kelantan. Kepada pelanggan2 yg dihormati tempahan utk 17 sehingga 28 tidak diterima tetapi jika ada yg nak order melalui saya. Saya ada beberapa rakan yg juga membuat kek spt saya. saya boleh cadngkan utk anda. Tempahan diterima semula pada 29hb Dis. Tempahan mstilah awal sebab takut penuh. Ramai dah tempah awal utk 1 haribulan. Utk apa-apa pertanyaan hubungi saya di talian 0138743053. Anda boleh sms sahaja or call saya. Sekian....... aku bercuti dulu heheheheheh.

Isnin, 13 Disember 2010

KELAS BASIC BUN & CAKE

Tahun depan jika ada rezeki, saya akan buka kelas basic bun dan kek. Mungkin akan bermula pada bulan Januari. Ianya dibuka pada setiap hujung minggu je. Terhad kepada 5 org setiap satu sesi. Kursus ni saya cadang nak buka dua jenis. Satu kelas utk org dewasa. Satu lagi utk kanak2, 4 - 12 tahun iaitu aktiviti buat bun atau menghias cup cake. Sya namakan aktiviti play, learn n fun hehehehehe. Yuran kursus sya akan saya letak harga yg berpatutan spy taklah susah sgt atau berat bagi peserta utk membayar. Tapi semua ini baru perancangan heheheheh tak tahu jadikah tidak.

Rabu, 8 Disember 2010

12.12.10



Hari ni hari malas aku. Aku tak buat apa2. Tempahan kek ada, tapi malas nak buat. hehehehe mls tahap ambang. Tetiba aku rajin. Aku siapkan tempahan dan buat cup cake lagi sebab anak aku minta buatkan lagi. Habis dah cup cake yg aku buat hari tu. Mlm ni aku buat cheese butter cup cake. tengah masaklah skarang, tak tahu sedap ke tak hehehehe. hari tu ada aku buatkan cup cake utk pelanggan aku dia nak kek vanilla cheese. Hah bawah ni gambarnya, taklah cantik sangat.


Inilah cup cake yang pelanggan aku order. Size cup S. Aku jual harga biasa tanpa cream RM0.50 sebiji dan jika ada cream aku jaul antara RM 0.80 hingga RM1.00 bergantung pada jenis creamnya n dekonya.

Ini pula cup cake yang anak aku hias. Aku bubuh cream dia bubuh bunga. Teringin sgt nak hias aku bagilah anak gadis aku hias. Bila cup cake yg aku masak sekarang ni masak aku nak rasa dulu esok pagi aku akan hias lagi dgn cheese. Jadilah chezzy butter cheese cup cake hehehehe tggu esok aku upload gambarnya pulak.


ini kek yg diorder oleh maya utk anaknya

ini pula kek coklat moist yg di order oleh krie utk hsbnd tcinta.
Dia bagitahu suaminya terkedu tak terkata ada suprise utknya. So romantik hehehehehe